FEBRUARI 2023

Sarawak Sedia Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024 - Abang Johari


KUCHING: Sarawak bersedia menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 walaupun bukan gilirannya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana tiada negeri lain mahu menjadi tuan rumah sukan itu dan Kerajaan Pusat telah meminta Sarawak menjadi tuan rumah.

Perkara itu dibangkitkan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kepadanya kerana bukan giliran Sarawak menjadi tuan rumah sukan itu tetapi negeri lain.

"Beliau (Abdul Karim) berjumpa dengan saya dan saya cakap bila-bila masa Sarawak boleh menjadi tuan rumah SUKMA," katanya di majlis penutupan rasmi Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) Kali Ke-14 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Sementara itu, dalam PESAYA Kali Ke-14, Yayasan Sarawak merangkul juara keseluruhan dengan mendapat 12 pingat emas, sembilan perak dan tiga gangsa serta meraih sejumlah 95 mata diikuti Sabah di tempat kedua dengan meraih 51 mata dan Johor  di tempat ketiga dengan meraih 44 mata.

GAMBAR: Jabatan Premier Sarawak

Sumber dari : Jiwa Bakti